PENGAJIAN MALAYSIA

PENGAJIAN MALAYSIA
Thank you for visiting our blog! :)

Diary Owner Linkies Stuff

Tagboard
 VISITORS

Credits

Template: Azzahra
Basecodes: ♥ ♥ ♥
Others: ♥ â™¥ â™¥
BAB 1

LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL MELAKA



1.1  KESULTANAN MELAYU MELAKA

A.    Kesultanan melayu Melaka
 Mengikut sejarah melayu, Parameswara telah membuka Negeri Melaka. Parameswara merupakan putera dari Palembang . Beliau berketurunan daripada Raja-Raja Sailendra yang pernah memerintah Kerajaan Srivijaya. Pada tahun 1377, kerajaan Srivijaya telah ditawan oleh kerajaan Majapahit. Pulau Jawa dan Sumatara tunduk dibawah kuasa kerajaan Majapahit. Pada waktu itu Parameswara telah berkahwin dengan seorang puteri raja dari Jawa Timur. Namun demikian, Parameswara enggan tunduk di bawah kuasa kerajaan Majapahit. Beliau mengistiharkan kemerdekaan secara tersendiri. Ini menimbulkan kemarahan kerajaan Majapahit. Tentera-tentera Majapahit telah menyerang Palembang. Parameswara terpaksa melarikan diri ke Temasik (Singapura). Pada waktu itu, Temasik berada di bawah kuasa Raja Siam. Raja yang memerintahTemasik adalah Raja Temagi. Raja Temagi telah dibunuh oleh Parameswara dan mengambil alih memerintah Temasik selama lima tahun. Kematian Raja Temagi menimbulkan kemarahan kerajaan Ayutha di Siam. Siam mengutuskan bala tenteranya untuk menyerang Parameswara. Parameswara melarikan diri ke Muar dan menetap di situ selama enam tahun. Parameswara berpindah ke sungai Bertam, Melaka setelah mendapati Muar tidak sesuai untuk membina petempatan yang baru.

Sejarah melayu meriwayatkan Parameswara telah membuka Negeri Melaka pada tahun 1400 dan nama Melaka itu berasal dari nama sejenis pokok. Parameswara dan pengikut-pengikutnya sedang berehat di bawah pokok selepas berburu. Beliau melihat anjingnya ditendang oleh seekor kancil(pelanduk) hingga terjatuh ke dalam sungai. Parameswara menganggap peristiwa itu sebagai satu peristiwa yang ganjil lalu memilih tempat itu untuk dijadikan kerajaan yang baru.

Baginda menamakan tempat itu sebagai Melaka sempena nama pohon tempat baginda berehat. Parameswara mengistiharkan dirinya sebagai Raja Melaka dengan gelaran Raja Iskandar Shah. Beliau melaksanakan pemerintahan negeri baru ini berasaskan system pemerintahan kerajaan Srivijaya. Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan dan persinggahan pedagang-pedagang China, India, dan Arab. Dan disinilah bermulanya Kesultanan Melayu Melaka dan keagungan Empayar Melaka.

            Bermula dari sebuah perkampungan nelayan yang kecil, Melaka muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang terkenal di gugusan Kepulauan Melayu. Kegemilangan Melaka banyak bergantung kepada faktor lokasinya yang strategik. Pelabuhan Melaka terletak pada laluan perdagangan antara Negara India dan China. Pedagang-pedagang dari Negara India dan China menjadikan Melaka tempat persinggahan bagi mendapatkan bekalan makanan dan minuman. Dalam masa yang singkat, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang paling penting di Asia Tenggara ini disebabkan oleh beberapa faktor iaitu, Melaka merupakan sebuah pelabuhan semula jadi yang terselamat dari ancaman angin Monsun Timur Laut dan angin Monsun Barat Daya. Di samping itu, pelabuhan Melaka amat sesuai untuk kapal-kapal besar berlabuh. Pelabuhan Melaka juga terletak berhampiran dengan kawasan pengeluaran bijih timah dan rempah ratus. Bahan-bahan ini merupakan bahan dagangan yang amat penting pada zaman itu.

            Parameswara telah menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot, iaitu pusat membeli dan menjual barang dagangan. Untuk menjamin keselamatan Melaka, Parameswara telah membina kediaman Baginda di atas Bukit yang berdekatan dengan Muara Sungai Bertam. Ini memudahkan Baginda mengawasi kegiatan perdagangan di selat Melaka. Parameswara telah menubuhkan sebuah angkatan laut yang terdiri daripada orang-orang laut untuk mengawasi keselamatan para pedagang yang singgah di Melaka. Bagi menjamin keselamatan negeri Melaka, Parameswara telah mengambil langkah menjalinkan persahabatan dengan kuasa-kuasa luar seperti Kerajaan Siam. Bagi mengelakkan serangan Siam terhadap Melaka, Parameswara telah menghantar ufti tahunan ke siam. Selain dari Kerajaan Siam, Parameswara menjalin hubungan persahabatan dengan Negara China. Langkah-langkah ini menjadikan kerajaan Melaka sebagai pusat perdagangan yang semakin makmur.

            Pada abad ke 15, Melaka muncul sebagai sebuah pusat Perdagangan Antarabangsa. Ia menjadi tumpuan dan minat pedagang-pedagang dari Timur dan Barat. Kemampuan Melaka menjadi sebuah pelabuhan yang penting di dunia pada zaman ini berdasarkan kepada beberapa faktor iaitu kedudukan yang stratergik, perairan yang dalam dan sesuai bagi kemudahan berlabuh untuk kapal-kapal besar, pentadbiran yang cekap dan tersusun, perlaksanaan undang-undang yang kemas iaitu Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka, pelaksanaan sistem cukai yang teratur iaitu sistem cukai berkeutamaan, penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantaraan, perluasan empayar Melaka meningkatkan lagi kemajuan perdagangan dan penggunaan matawang dalam hal ehwal perdagangan.

            Sistem pentadbiran Kesultanan Melaka berasakan sistem pemerintahan Kerajaan Srivijaya di Palembang, Sultan Melaka Berjaya mewujudkan sistem pentadbiran yang tersusun dan cekap. Sistem Pentadbiran Kerajaan Melaka dibentuk oleh anggota-anggota sebuah majlis tertinggi. Anggota-anggota majlis ini mempunyai tugas dan tanggungjawab yang tersendiri bagi mentadbirkan negeri Melaka. Di bawah Majlis Tertinggi ini, terdapat Lapan Orang Pembesar Negeri yang bergelar Seri. Di bawah peringkat ini pula, terdapat enam belas orang Pembesar Rendah yang bergelar Raja. Peringkat akhir dalam sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dianggotai oleh 32 orang Pembesar Kerajaan. Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. Rajah Sistem Pentadbiran kesultanan Melayu Melaka .Yang pertama Sultan, kedua Majlis tertinggi, ketiga Bendahara, keempat Temenggung, kelima Laksamana, keenam Penghulu Bendahari, ketujuh Pembesar-pembesar Negeri yang Bergelar Seri(lapan orang) termasuk Syahbandar, kelapan Pembesar-pembesar Rendah yang bergelar Raja(enam belas orang), kesembilan Pembesar Peringkat Rendah(32 orang)

            Pada zaman pemerintahanya, Parameswara telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Kerajaan China sebagai langkah keselamatan Negeri itu. Kerajaan Ming di bawah pemerintahan Maharaja Yung Lo telah mengiktiraf Parameswara sebagai Raja Melaka. Pada tahun 1403 Maharaja China itu mengutuskan Laksamana Yin Ching ke Melaka. Hubungan erat antara Melaka dan China menyebabkan Kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Siam tidak berani mengancam kerajaan melaka. Maharaja China telah mengurniakan alat-alat kebesaran seperti cap mohor, satu persalinan pakain daripada sutera dan payung kuning kepada Parameswara sebagai tanda bahawa kerajaan China bersedia melindungi Kerajaan Melaka dari ancaman musuh. Pada tahun1409, Maharaja China telah mengutuskan Laksamana Cheng Ho ke Melaka bagi mengeratkan lagi perhubungan Melaka-China dan juga bagi memperluaskan kawasan perdagangan China di Asia Tenggara. Parameswara juga turut menghantar rombongan persahabatan ke Negara China.

            Pada tahun 1414 Parameswara mangkat dan pemerintahan Melaka diambil alih oleh putera baginda Sultan Makhota Iskandar Syah. Selepas kemangkatan Parameswara, hubungan Melaka-China terus terjalin demi kepentingan dan kemajuan perdagangan melaka. Hubungan antara China-Melaka bertambah erat apabila Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po, anak Maharaja China. Di sinilah bermulanya kehadiran masyarakat imigrans di Semenanjung Tanah Melayu. Walaupun persahabatan Melaka-China bertambah erat namun di zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, kerajaan Melaka bertambah kuat dan Melaka Berjaya menewaskan serangan Siam di Muar dan di Batu Pahat tanpa bantuan dari kerajaan China. Pada abad ke 15, hubungan Melaka dan China terus renggang apabila China mengamalkan dasar tutup pintu.

            Ini merupakan senarai Sultan-Sultan yang memerintah Empayar Melayu Melaka di zaman keagungannya. Kesultanan Melayu Melaka wujud pada tahun 1400 dan berakhir pada tahun 1511 selepas kerajaan Melaka ditawan oleh Portugis. Prameswara(Iskandar Syah) pada tahun 1400-1414. Sultan Makhota Iskandar Syah pada tahun 1414-1424. Seri Maharaja(Sultan Muhammad Syah) pada tahun 1414-1444. Parameswara Dewa Syah(Raja Ibrahim) pada tahun 1444-1445. Sultan Muzaffar Syah(Raja Kassim) pada tahun 1445-1459. Sultan Mansor Syah pada tahun 1459-1477. Sultan Alauddun Riayat syah pada tahun 1477-1488. Sultan Mahmud Syah pada tahun 1488-1511. Sultan Ahmad Syah( mati dibunuh oleh Sultan Mahmud Syah) pada tahun 1511.

            Pada zaman keagungannya, kerajaan Melaka mempunyai beberapa orang Bendahara yang berwibawa. Ini merupakan senarai bendahara yang telah mentadbir Empayar Melaka. Pertama, Seriwa Raja(bapa Tun Perak) pada tahun 1445. Kedua, Tun Ali pada tahun 1445-1456. Ketiga, Tun Perak pada tahun 1456-1498. Keempat, Tun Mutahir pada tahun 1500-1510. Kelima Paduka Tuan pada tahun 1510-1511.

            Bendahara merupakan satu jawatan yang penting dalam pentadbiran Empayar Melaka. Diantara Bendahara-bendahara Melaka yang paling terkenal adalah Tun Perak. Tun Perak merupakan Pembina Empayar Melaka. Beliau telah merancang dasar perluasan Empayar Melaka hingga ke Sumatra. Kuasa Kesultanan Melayu Melaka bertambah kuat apabila Tun Perak Berjaya menawan Pahang, Terengganu, Selangor, Johor, Kedah, Perak, Patani, dan Kepulauan Riau-Lingga. Empayar Melaka terus diperluaskan oleh Tun Perak sehingga ke Pasai, Aru, Rokan, Siak, Kampar, Inderinggi, dan Jambi di Timur Sumatra. Menjelang abad ke 15, Melaka menjadi sebuah kuasa terunggul dan pusat perdagangan yang terbesar di seluruh Kepulauan Melayu, di bawah kepimpinan Bendahara Tun Perak.

Nor Shahanim Binti Mislan (19DIP14f1032)