PENGAJIAN MALAYSIA

PENGAJIAN MALAYSIA
Thank you for visiting our blog! :)

Diary Owner Linkies Stuff

Tagboard
 VISITORS

Credits

Template: Azzahra
Basecodes: ♥ ♥ ♥
Others: ♥ â™¥ â™¥
BAB 3

KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

-Perpaduan Negara dan intergrasi nasional-

Faktor yang mempengaruhi perpaduan dan integrasi nasional

Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah Negara,terutama Negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia. Hal ini kerana, apabila tiada perpaduan ataupun perpaduan tahap yang sangat rendah,pertelingkahan rakyat berbilang kaum akan sering berlaku. Fenomena ini boleh menimbulkan ketidakamanan dan banyak kemusnahan. Pandangan ini terbukti apabila tercetusnya satu peristiwa berdarah di Negara ini pada 13 MEI 1969. Negara ini jelasnya menjadi sebuah negara yang berbilang kaum,terutama selepas kedatangan British.Pihak British telah membentuk dasar imigrasi liberal yang mana dasar ini menggalakkan buruh-buruh Cina,India,Punjabi dan Indonesia untuk bekerja di sektor-sektor ekonomi tertentu.

British turut mengaplikasikan situasi pecah dan perintah di mana di bawah sistem ini kumpulan-kumpulan etnik terbesar iaitu,Malaysia,Cina, dan India dipisahkan mengikut tempat tinggal dan pekerjaan masing-masing.Hasil daripada sistem pengenalan tersebut,kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan kampong mengerjakan sector pertanian,menangkap ikan dan kerja-kerja kampong yang lain.Hanya sebahagian kecil sahaja yang tinggal di kawasan bandar. Mereka yang tinggal di kawasan bandar terlibat dalam sektor pentadbiran terutama dalam bidang perkeranian.

Bagi kaum Cina pula,kebanyakan mereka tinggal di kawasan bandar menjadi peniaga ataupun tinggal di kawasan perlombongan mengerjakan lombong-lombong. Kaum India pula ditempatkan di kawasan estet-estet untuk mengerjakan lading-ladang getah dan kelapa sawit. Pengasingan tempat tinggal menyebabkan sistem pendidikan setiap kaum turut dipisahkan. Hal ini menyebabkan, orang Melayu ketinggalan dari segi ekonomi berbanding dengan orang Cina. Ramai antara orang Melayu yang hidup miskin berbanding dengan orang Cina kerana tiada menikmati kemajuan,pemodenan dan kemudahan infrastruktur yang hanya tertumpu di kawasan bandar. Hal ini menimbulkan perasaan tidak puas hati kerana syarat-syarat kerakyatan yang ketat.

 Akibat daripada semangat perkauman dan perasaan saling mencurigai ini,maka bermulanya beberapa kali rusuhan,tetapi tidak terlalu serius dan masih boleh dikawal.Sebagai contoh,rusuhan-rusuhan yang berlaku pada tahun 1957 di Pulau Pinang,1960 di Pulau Pangkor,1964 di Bukit Mertajam,1965 di Kuala Lumpur dan 1967 di Pulau Pinang.

Masalah-masalah awal perpaduan kaum rakyat Malaysia.

     Kerajaan mengenal pasti negara ini mengahadapi masalah perpaduan yang ketara apabila tercetus rusuhan etnik pada 13 Mei 1969.Walaupun rusuhan ini berlaku di Kuala Lumpur sahaja,namun peristiwa ini mencerminkan masalah sebenar yang dihadapi olen masyarakat di segenap pelosok negara.Hasil kajian yang dijalankan,masalah-masalah yang wujud ini boleh dikenal pasti melalui beberapa situasi meliputi ekonomi,politik dan sosial.

Pemisahan tempat tinggal atau petempatan

     Pada zaman Kesulatanan Melayu Melaka,masyarakat tinggal di kampung-kampung mengikut kaum masing-masing dan situasi ini jelas berlaku apabila wujudnya kampong-kampung Melayu,Jawa,India dan Cina.Akan tetapi,perancangan ini berlaku atas tujuan memudahkan sistem perekonomian dan perhubungan.Pemisahan tempat tinggal yang wujud dalam masyarakat Negara ini pada awalnya berlaku akibat daripada kesan pemecahan yang dilaksanakan semasa pendudukan British di awal kemerdekaan. Pendudukan British di Tanah Melayu pada abad ke-19 telah membawa masuk buruh Cina dan India secara beramai-ramai.

     Kerajaan British sememangnya telah menetapkan bahawa setiap kaum membuat petempatan di kawasan-kawasan yang menjadi tumpuan ekonomi masing-masing. Semenjak tahun 1920-an,corak pemerintahan sebegini telah kelihatan. Terdapat perkampungan Melayu di kawasan pekan dan di bandar pula kelihatan kedai-kedai Cina sementara buruh-buruh India tertumpu di kawasan ladang-ladang getah.

     Di Sabah dan Sarawak pula,wujud perkampungan yang terdiri dari rumah panjang kaum Iban dan kampong kaum Kadazan. Mereka ini terpisah dan berbeza antara satu sama lain.Ikatan hubungan juga sangat jauh dan berbeza dari segi agama,pendidikan,akhbar,persatuan dan pengaruh politik.

     Pengasingan ini hampir menyebabkan mereka tidak dapat bercampur gaul dan memahami budaya dan adat resam orang lain. Selain fungsi ekonomi masing-masing,beberapa fakta boleh digariskan sebagai faktor pemisahan tempat tinggal mereka. Antaranya ialah dari segi psikologi,mereka rasa lebih selamat untuk tinggal berdekatan dengan kenalan,rakan-rakan,saudara mara mereka  bagi mereka mendapatkan bantuan semasa kesusahan. Ikatan dan hubungan turut mempengaruhi masyarakat untuk membuat keputusan terhadap sesuatu perubahan dan perpindahan. Selain itu,kurang memahami budaya,agama,adat resam dan pantang larang kaum-kaum lain menyebabkan mereka takut untuk tinggal dalam kelompok kaum lain kerana takut tercetusnya perselisihan.

     Akibat dasar ‘pecah dan perintah’ yang dilaksanakan oleh pihak British untuk kemudahan mereka. Pihak British sememangnya tidak bercadang untuk menyatukan masyarakat berbilang kaum di Negara ini apatah lagi membenarkan kewujudan perpaduan dalam kalangan mereka. Hal ini menyebabkan,percampuran dan pergaulan ini dikhuatiri boleh membahayakan kedudukan mereka dari segi politik mahupun ekonomi.

Perbezaan tumpuan sektor ekonomi

     Pengelompokan petempatan mengikut kaum wujud ekoran pengasingan sektor ekonomi setiap kaum. Akibat daripada tumpuan tersebut,orang Melayu kekal sebagai petani sara diri dan nelayan,orang Cina digalakkan untuk bergiat dalam sektor perdagangan dan perlombongan sementara orang  India dikekalkan di estet-estet.

     Aktiviti ekonomi yang berbeza hampir tidak memungkinkan setiap kaum untuk bertemu dan bergaul. Pertemuan hanya akan diadakan untuk berurusan perniagaan dan ketika mendapatkan perkhidmatn kerajaan. Walau bagaimanapun,pertemuan ini tidak dapat membantu setiap kaum untuk memahami budaya dan adat resam kaum-kaum lain.

Pengasingan sistem pendidikan

     Sistem pendidikan yang ditinggalkan oleh British menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Wujud kepelbagaian sekolah mengikut kaum dan tempat tinggal masing-masing. Bagi pelajar Melayu,hanya dua jenis sistem pendidikan dibenarkan,iaitu sekolah vernakular Melayu ataupun beraliran Inggeris. Namun,sekolah beraliran Inggeris hanya untuk anak-anak bangsawan. Pelajaran di sekolah-sekolah Melayu pula hanyalah berbentuk pendidikan asas kerana mereka tidak digalakkan untuk menjadi terlampau pandai.

     Bagi masyarakat India,sekolah Tamil dibuka di estet-estet. Walaupun guru-guru yang mengajar di sini di bawa dari India,namun mutu pengajaran mereka sangat rendah. Tidak ada pelajaran pada peringkat menengah dalam bahasa Tamil. Justeru,pelajar lepasan sekolah Tamil ini tidak mungkin berpeluang mendapat pekerjaan yang baik dan akhirnya terpaksa bekerja di estet.

     Orang Cina juga mempunyai sistem pendidikan mereka sendiri. Orang Cina memang terkenal dengan tradisi mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Guru-guru dan buku teks yang digunakan di sekolah ini dibawa dari Negara China. Justeru,pelajar Cina lebih mementingkan diri dalam pergolakan politik,ekonomi dan sosial yang berlaku di Negara China berbanding dengan perkembangan di Tanah Melayu.

     Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa pada zaman British,aliran-aliran pendidikan di negara ini berasingan dan memisahkan pandangan antara kaum. British tidak mencadang menyatukan semua kaum dalam satu sistem pendidikan kerana hal ini boleh melahirkan semangat perpaduan dan nasionalisme yang sama dalam kalangan rakyat.

     Setiap kaum menganggap bahawa mereka bukan warganegara asal dan hanya berhijrah untuk mencari rezeki serta bukan untuk bermastautin. Fahaman sebegini juga menyebabkan mereka tidak terlalu mengambil berat tentang aspek perpaduan dan pendidikan tempatan. Pendidikan sememangnya tidak diberikan untuk penduduk asli Sabah dan Sarawak. Di Sarawak,keluarga Brooke berasakan anak-anak orang Dayak tidak perlu diberi pendidikan kerana akan memusnahkan kebijaksanaan semula jadi mereka yang wujud dalam budaya mereka.

Nur Azzira Binti Mohamad Shalehen (19DIP14F1008)