PENGAJIAN MALAYSIA

PENGAJIAN MALAYSIA
Thank you for visiting our blog! :)

Diary Owner Linkies Stuff

Tagboard
 VISITORS

Credits

Template: Azzahra
Basecodes: ♥ ♥ ♥
Others: ♥ â™¥ â™¥
BAB 6

Memahami perkembangan agama di Malaysia

Agama Islam
Meneliti perkembangan aliran pemikiran dan kepercayaan dalam kalangan kaum melayu terlihat kekacauan yang amat merimaskan. Ia juga menyumbang kepada krisis kaum yang tidak mudah untuk dileraikan. Terlihat kini, masa habis terbuang menghadapi kerenah aliran pemikiran dan kepercayaan yang pelbagai sesama warga menyebabkan umat islam semakin hilang fokus. Definisi dan tafsiran islam hari ini boleh dilihat dalam wajah dan versi yang berbeza-beza. Ianya bergantung kepada intrepretasi manusia yang berbeza berpaksikan kefahaman, aliran pemikiran semasa dan keperluan semasa yang yang berbeza-beza. Kelainan intrepretasi manusia ini lazimnya memberi suatu kebaikkan kepada pemikir islam namun suasana haru-biru mungkin tercetus dalam kelompok individu yang baru bertatih-tatih mengenali dunia islam.

Islam berbeza pandang bagi golongan falsafah islam, ulama’ konvensional, para saintis, ahli pemikir barat terhadap islam dan pemikir-pemikir umum masyarakat islam. Perbezaan ini natijah persepsi para ulama’ yang berbeza-beza dengan adanya unsur dan pengaruh luar yang mengikat untuk berpersepsi begitu. Ketulenannya sudah mula dipersoalkan dengan desakan dan pengaruh unsur luar untuk disesuaikan pendefinisiannya islam dengan suasana dan keperluan semasa. Lihat saja bagaimana pandangan pengasas gerakan islam India-Pakistan, Syeikh Abul A’la Al Maududi disalahtafsir, diselewengkan maksud penghujahan. Al Maududi dikatakan meletakkan asas kedaulatan berasaskan ketuhanan mutlak sehingga menafikan peranan dan tenaga empat kerat manusia sebagai pemerintah di muka bumi. Al Maududi tampil menjelaskan salahfaham umum tentang penghujahannya. Dalam saranan beliau, beliau menegaskan kekuasaaan menegakkan perundangan tuhan kepada manusia sebenarnya bukanlah mewakili kuasa sebenar tuhan. Ijtihad dan keintelektualan pemerintah tidak seharusnya dinafikan demi menggubal undang-undang yang menjurus kepada penegakan syariah allah. Cukup jelas di sini, mentaliti dan persepsi boleh berubah tatkala ada unsur-unsur luar yang mencetekkan kefahaman terhadap sesuatu hujah.

Jauh dalam pemerhatian saya, cabang pemikiran yang terlalu luas seharusnya diidentifikasikan kepada bentuk yang lebih mudah. Sama ada islam itu wujud sebagai suatu kepercayaan ataupun islam itu sebagai suatu pemikiran. Semestinya setiap pilihan yang ada menantikan suatu natijah. Para ulama’ meyakini bahawa islam itu wujud dalam bentuk kepercayaan. Intelektual barat sebahagiannya besar berpendapat agama wujud dalam bentuk pemikiran yang dijelmakan pengamalannya melalui ritual ‘ibadah’ ke arah mendapatkan sesuatu.

Keunikan pada manusia berbanding makhluk lain adalah mempunyai 3 elemen kesempurnaan iaitu roh(hati), jasad(tubuh badan) dan akal fikiran. Roh(hati) adalah fitrah(suci) yang sentiasa bergelut dengan nafsu untuk merajai jasad(tubuh badan) manusia. Akal pula seharusnya dipandu oleh wahyu(al quran & as sunnah) namun sentiasa bersemuka dengan idealisme-idealisme yang hadir tanpa rujukan wahyu. Bermula dari hati yang mencetuskan sesuatu, akal akan memproses baik atau buruk diterjemahkan manusia melalui jasad yang menjadi agen pelaku. Proses berfikir tanpa panduan wahyu (secara bebas) akan mengundang pelbagai natijah baik dan buruk, menyebabkan manusia melampai batasan perlakuan sehingga melanggari hokum-hukum agama (islam). Di sinilah islam berperanan untuk memandu akal supaya tidak melepasi sempadan merah agar jasad manusia tidak rosak dan punah. Namun, disana islam tidak menghalang manusia untuk berijtihad dalam merungkai permasalahan yang tiada nas dan panduannya secara langsung daripada nas-nas islam. Bahkan islam sendiri melarang penganutnya untuk ber’taqlid’ semata-mata tanpa asas ilmu dan hikmah. Sejarah islam membuktikan proses ijtihad dalam agama adalah suatu hikmah yang allah kurniakan pada manusia untuk mengembangkan sayap dakwah, tarbiyah dan siasah islam. Namun begitu, ijtihad sewajibkan disandarkan kepada nas-nas yang menghampiri perkara yang di’ijtihad’kan.

Sebagai rumusan, saya meyakini bahawa islam adalah agama kepercayaan yang mengikat namun bukanlah yang menyekat dan menghalang manusia sehingga menafikan tenaga manusia untuk memurnikan agama allah di dunia. Nasihat saya, bagi mereka yang masih berfikiran sempit , anda masih dalam penguasaan idealisme sekular yang dicipta oleh anasir yang benci dan mahu jatuhkan islam. Islam adalah agama dan kepercayaan saya. Inilah pegangan saya.

 Agama Buddha
Agama buddha merupakn agama dan falsafah berteraskan ajaran buddha sakyamuni (siddhartha gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi . Agama buddha menyebar ke benua india dalam 5 kurun selepas baginda meninggal dunia . Selepas dua ribu tahun , agama buddha telah tersebar ke tengah , tenggara dan timur asia . Kini , agama buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama , iaitu theravada (bahasa sanskrit: sthaviravada),mahayana dan vajrayana . Agama buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut . Agama buddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia . Sakyamuni dikatakan sebagai buddha yang paling terkini daripada banyak buddha . Terdapat pelbagai agama buddha yang dilahirkan selepas sakyamuni . Secara kekeseluruhannya , tujuan seseorang menganut agama buddha adalah untuk menamati segala kesusahan dalam kehidupan . Agama buddha merupakn agama dan falsafah berteraskan ajaran buddha sakyamuni (siddhartha gautama) yang mungkin lahir pada kurun ke-5 sebelum masihi . Agama buddha menyebar ke benua india dalam 5 kurun selepas baginda meninggal dunia . Selepas dua ribu tahun , agama buddha telah tersebar ke tengah , tenggara dan timur asia . Kini , agama buddha telah dipaparkan sebagai tiga aliran utama , iaitu theravada (bahasa sanskrit: sthaviravada),mahayana dan vajrayana . Agama buddha terus menarik orang ramai menganutnya di seluruh dunia dan mempunyai lebih kurang 350 juta penganut . Agama buddha dikenali sebagai salah satu agama yang paling besar di dunia . Sakyamuni dikatakan sebagai buddha yang paling terkini daripada banyak buddha . Terdapat pelbagai agama buddha yang dilahirkan selepas sakyamuni . Secara kekeseluruhannya , tujuan seseorang menganut agama buddha adalah untuk menamati segala kesusahan dalam kehidupan . Menurut tradisi buddha, tokoh historis buddha siddharta gautama dilahirkan dari suku sakya pada awal masa magadha (546-324 sm), di sebuah kota, selatan pergunungan himalaya yang bernama lumbini. Sekarang kota ini terletak di nepal sebelah selatan. Ia juga dikenal dengan nama sakyamuni.

Setelah kehidupan awalnya yang penuh kemewahan di bawah perlindungan ayahnya, raja kapilavastu (kemudian hari digabungkan pada kerajaan magadha), siddharta melihat kenyataan kehidupan sehari-hari dan membuat kesimpulan bahawa kehidupan nyata, pada hakikatnya adalah kesengsaraan yang tak dapat dihindari. Siddharta kemudian meninggalkan kehidupan mewahnya yang tak ada ertinya lalu menjadi seorang pertapa. Kemudian baginda berpendapat bahawa bertapa juga tak ada ertinya, dan lalu mencari jalan tengah (majhima patipada ). Jalan tengah ini merupakan sebuah kompromis antara kehidupan berfoya-foya yang terlalu memuaskan hawa nafsu dan kehidupan bertapa yang terlalu menyeksa diri.
Di bawah sebuah pohon bodhi, baginda berkaul tidak akan pernah meninggalkan posisinya sehingga menemui kebenaran. Pada usia 35 tahun, baginda mencapai pencerahan. Pada saat itu baginda dikenal sebagai gautama buddha, atau "buddha"(secara harafiah: orang yang telah mencapai penerangan sempurna).

Untuk 45 tahun selanjutnya, gautama buddha telah menyebarkan ajarannya tanpa berhenti di merata-rata tempat.     Buddha adalah benar sama rata kepada semua. Setiap lapisan masyarakat tidak kira kaya atau miskin, semuanya dianggap sama rata dalam mata buddha. Agama buddha tidak mengabaikan agama lain atau mengutuk agama lain sebagai agama jahat.

Dalam ajaran agama buddha, kenyataan dan ilmu yang diajar bukannya perintah yang mestinya dituruti. Sesiapa yang tidak faham boleh mengemukakan soalannya dan soalan ini akan dijelaskan sehingga mencapai kefahamannya. Buddha pernah berkata: keraguan yang besar akan mendapat lebih banyak pengajaran, keraguan yang sedikit akan mendapat pengajaran yang sedikit, manakala jika tiada keraguan, maka tiada pengajaran yang boleh dicapai.

Nur Azlinda Binti Mohd Azman (19DIP14F1044)