PENGAJIAN MALAYSIA

PENGAJIAN MALAYSIA
Thank you for visiting our blog! :)

Diary Owner Linkies Stuff

Tagboard
 VISITORS

Credits

Template: Azzahra
Basecodes: ♥ ♥ ♥
Others: ♥ â™¥ â™¥
BAB 5

ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
            ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Penubuhannya dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman. Ia dipersetujui oleh Negara-negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kini, ASEAN dianggotai oleh lebih 10 buah Negara. Malaysia telah banyak mengadakan hubungan baik dari pelbagai segi dengan Negara-negara anggota lain.
ASEAN telah bersetuju menjadikan rantau ini sebagai rantau yang bebas daripada persaingan kuasa besar. Selain itu, ASEAN juga bersetuju mengelakkan rantau ini menjadi tempat persaingan tenaga nuklear. ASEAN juga telah menubuhkan beberapa jawatankuasa tetap untuk merundingkan usaha ke arah pembangunan ekonomi dan sosial. Kerjasama dalam bidang sosial dan kebudayaan merangkumi aspek kebudayaan dan kesenian, sukan serta telekomunikasi, contohnya seperti Sukan SEA, Pesta Filem ASEAN, Pesta Kebudayaan ASEAN, pertukaran berita dan penyiaran TV/Radio antara RTM dengan TVRI dan RTB.
Dalam bidang pelancongan pula, semua Negara anggota ASEAN menyokong program Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1996. Kerjasama dalam bidang pendidikan bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-penuntut dari Negara anggota. Untuk mencapai hasrat ini, ASEAN telah menubuhkan Persidangan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO). Pelaksanaannya telah diagihkan kepada beberapa buah Negara ASEAN seperti RESCAM untuk melatih guru Sains dan Matematik di Pulau Pinang, RELC untuk melatih pegawai-pegawai meningkatkan prestasi penguasaan bahasa Inggeris di Singapura, INOTEC di Filipina untuk melahirkan penyelidik pertanian dan TROMPED di Negara Thai bagi menjalankan penyelidikan kesihatan awam. Negara-negara anggota juga turut bekerjasama dalam bidang penyelidikan penyakit-penyakit.

Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC)
            Organisation of Islamic Conference atau Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam dianggotai oleh 57 buah Negara Islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika yang jumlah penduduknya merupakan satu per lima daripada penduduk dunia. OIC merupakan forum khusus untuk Negara-negara Islam bagi mewujudkan perpaduan sesame Ummah, khususnya mengenai konflik Israel-Palestin. OIC ditubuhkan pada tahun 1971 atas cadangan Malaysia. Malaysia diberi penghormatan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi setiausaha Agung OIC yang pertama. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi. Malaysia berpendapat bahawa hubungan dengan Negara-negara Islam sangat mustahak. OIC bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua Negara Islam dalam pelbagai bidang untuk meninggikan Syiar Islam. OIC berperanan membendung segala unsur jahat yang menindas umat Islam di seluruh dunia. OIC juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hukum hakam Islam.
            Malaysia memainkan peranan aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh Negara-negara Islam. Antaranya adalah mengkritik campur tangan Rusia di Afganistan, menyokong perjuangan rakyat Palestin, mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia Herzegovina dan membangunkan ekonomi serta sosial Negara Afrika. Malaysia juga telah membuat pelaburan di beberapa buah Negara OIC seperti Petronas di Iran. Bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim antara Negara Islam, Malaysia telah menganjurkan Musabaqah al-Quran pada setiap tahun. Dalam bidang pendidikan pula, Negara-negara OIC turut memajukan pendidikan  dalam kalangan umat Islam di seluruh dunia dengan penubuhan universiti-universiti Islam seperti Universiti Al-Azhar, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan sebagainya. Antara usaha yang dilakukan oleh Malaysia adalah memberikan bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya. Negara Malaysia telah diberi kepercayaan untuk turut terlibat dalam beberapa Jawatankuasa/Kumpulan penting dalam OIC. Malaysia juga dilantik sebagai Pengerusi dalam kumpulan 13 buah Negara OIC mengenai keganasan.
Kejayaan besar OIC ialah apabila Amerika Syarikat dan Britain mengiktiraf peranan OIC dalam mengembalikan keamanan dan kestabilan di Iraq dan Palestin.

Pertubuhan Negara-Negara Bekas Jajahan British (KOMANWEL)
            Pertubuhan  ini dianggotai oleh Negara-negara bekas tanah jajahan British termasuk Malaysia. Penyertaan Malaysia bermula sebaik sahaja Negara merdeka pada tahun 1957. Matlamat utama penuhuban ini adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi, pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua Negara komanwel. Malaysia telah mengutarakan beberapa isu seperti masalah perdagangan antarabangsa, penjajahan dan penentangan terhadap isu Apartheid di Afrika Selatan. Dalam persidangan Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Bahamas (1985) dan di Vancouver (1987), Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan peranan yang lebih agresif dalam menangani isu-isu ketidakadilan perdagangan dunia, penjajahan politik dan ekonomi serta masalah Apartheid. Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989. Dalam persidangan ini, terdapat satu isu yang telah menarik pandangan Negara dunia, iaitu tentang isu alam sekitar. Ekoran kemerosotan dan pencemaran alam sekitar, ketua-ketua Negara komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan berikut:

1.   Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharaan alam sekitar.
2.   Pengurusan perhutanan dan pertanian di Negara-negara maju dan sedang membangun
3.   Pengurangan pencemaran laut
4.   Mangatasi masalah penipisan lapisan ozon

Melalui komanwel, Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan, pembangunan sains dan teknologi, pertanian, pendidikan, kewangan dan sebagainya. Dalam bidang pertahanan, Malaysia mendapat bantuan ketenteraan khususnya untuk peringkat 10 tahun selepas kemerdekaan. Malaysia juga telah mengadakan latihan ketenteraan bersama dengan beberapa buah Negara komanwel. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam komanwel seperti pemberian status Skim Keutamaan Am (GSP) bagi barangan Malaysia. Dengan skim ini, cukai bagi barangan Malaysia boleh direndahkan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan persaingan barangan Malaysia dengan barangan Negara lain.
      Melalui Rancangan Colombo, Malaysia mendapat khidmat nasihat mengenai pendidikan, pertanian, teknikal, kesihatan dan sebagainya. Contohnya dalam bidang pendidikan, Negara anggota komanwel telah memberikan nasihat dalam penubuhan maktab-maktab perguruan. Dalam bidang sosial pula, perpaduan Negara-negara komanwel telah disalurkan melalui aktiviti sukan komanwel di mana Malaysia telah menjadi tuan rumah pada tahun 1998.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
            Malaysia menyertai PBB pada 17 september 1957 selepas kemerdekaan. Prinsip PBB adalah untuk menjamin kedaulatan dan hak semua Negara anggota serta tidak ada Negara yang boleh campur tangan dalam hal elwal Negara lain. PBB juga bermatlamat mewujudkan sebuah masyarakat dunia yang aman. Untuk itu, kerjasama dalam pelbagai bidang adalah diperlukan. PBB memainkan peranan dalam dua perkara iaitu:
  1.   Perhimpunan Agung PBB
  2.   Majlis Keselamatan
Kepercayaan PBB kepada kebolehan dan kemampuan Malaysia jelas apabila Malaysia dipilih untuk memimpin Negara-negara kumpulan 77 yang ditugaskan untuk membincangkan isu-isu pembangunan dunia. Malaysia juga telah dipilih menjadi pemimpin ICDATT, iaitu agensi antarabangsa yang ditugaskan untuk membanteras penyalahgunaan dadah. Selain memberikan pandangan, cadangan atau teguran kepada badan dunia ini, malaysia juga turut terlibat dalam melaksanakan dasar PBB seperti menghantar pasukan pengaman di Congo (1961), Somalia (1995), Bosnia (1996) dan sempadan Iran-Iraq (1990).

      Kemasukan Malaysia telah mendatangkan banyak faedah. Contohnya, WHO telah banyak membantu penyelidikan dan peningkatan taraf hidup rakyat, FAO membantu pengeluaran makanan, manakala UNESCO telah memajukan system pendidikan Negara.

UMI AMIRA BT AZHAR (19DIP14F1014)