PENGAJIAN MALAYSIA

PENGAJIAN MALAYSIA
Thank you for visiting our blog! :)

Diary Owner Linkies Stuff

Tagboard
 VISITORS

Credits

Template: Azzahra
Basecodes: ♥ ♥ ♥
Others: ♥ â™¥ â™¥
BAB 4

PEMBANGUNAN NEGARA

Di dalam bab ini, membincangkan tentang pembangunan  Negara. Sebagai mana yang anda tahu, untuk membangunkan sesebuah Negara kita perlulah merancang dan menentukan matlamat kita untuk mencapai sesuatu.Terdapat beberapa peringkat dan strategi  dalam merancang pembangunan malaysia.Di dalam bab ini lebih menekankan dalam pembangunan ekonomi yang dibahagikan kepada tiga fasa iaitu Perancangan zaman sebelum merdeka, Perancangan zaman selepas merdeka dan Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru(DEB).Selain itu, di dalam bab ini juga kita dapat mengetahui tentang beberapa dasar seperti dasar kebudayaan kebangsaan ,dasar belia Negara dan sebagainya.Memandangkan kita berada di Negara yang berbilang kaum pelan integriti nasional (PIN) juga dapat dibincangkan di sini.Hal ini kerana, bagi mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu walaupun berbilang kaum,berlainan agama,budaya dan sebagainya.


4.1  RANCANGAN & VISI PEMBANGUNAN

4.1.1 RANCANGAN  PEMBANGUNAN EKONOMI

Latar Belakang Pembangunan Ekonomi

 Secara umumnya, sejarah pembangunan ekonomi Negara boleh dibahagikan 3 fasa utama iaitu:

a)  Perancangan zaman sebelum merdeka
b)  Perancangan zaman selepas merdeka
c)  Perancangan selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

   Pembangunan biasanya bermaksud merujuk kepada usaha mengubah masyarakat atau Negara daripada keadaan mundur kepada maju yang meliputi pelbagai aspek kehidupan manusia seperti ekonomi,politik,sosial,pendidikan,psikologi dan aspek kebendaan dan bukan kebendaan.

    Selepas kemerdekaan,pihak kerajaan mula melaksanakan beberapa rancangan pembangunannegara untuk mengatasi masalah sosi0ekonomi dan politik  yang dihadapi oleh masyarakat T.Melayu  kesan daripada peninggalan dasar-dasar yang diamalkan oleh penjajah British sebelum ini.Sejak merdeka Sembilan rancangan pembangunan dan dua Rangka Rancangan Jangka Panjang telak dilaksanajan dengan jayanya.

Rancangan Malaysia
Tempoh
Rancangan Malaya pertama (RM1)
1956-1960
Rancangan Malaya kedua (RM2)
1961-1965
Rancangan Malaysia pertama (RMK1)
1966-1970
Rancangan Malaysia Kedua (RMK2)
1971-1975
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK3)
1976-1980
 Rancangan Malaysia Keempat (RMK4)
1981-1985
Rancangan Malaysia Kelima (RMK5)
1986-1990
Rancangan Malaysia Keenam (RMK6)
1991-1995
Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK7)
1996-2000
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8)
2001-2005
Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9)
2006-2010


Peringkat 1

Peringkat 2

Peringkat 3

4.1.2  RANGKA RANCANGAN JANGKA PANJANG (RRJP) & RANCANGAN MALAYSIA

PERINGKAT 1

Rancangan Malaya Pertama (RM-1) 1956-1960

  Rancangan ini telah dilaksanakan hasil daripada perakuan oleh perwakilan Bank Dunia terhadap kerajaan T.Melayu RM-1 dilaksanakan dengan matlamat utamanya untuk:

a)  Memajukan sepenuhnya sector luar Bandar.Kerajaan telah memperuntukn RM478.2 juta, iaitu 44% daripada keseluruhan peruntukan RM-1.Matlamat ini bertujuan menambahkan pendapatan penduduk luar Bandar sekali gus merealisasikan matlamat mengurangkan kadar kemiskinan.

b)  Mempelbagai sumber Negara supaya Negara tidak terlalu bergantung pada sector ekonomi sahaja, terutama biji timah dan getah.

                 Hasil penyelidikan yang dijalankan, 2 buah agensi kerajaan telah ditubuhkan iaitu Rural Industrial Development Authority (RIDA) pada 1953 dan Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA) yang bertujuan memajukan sector ekonomi luar Bandar.Secara keseluruhan, RIDA yang bertujuan dalam membangunkan bidang sosial,ekonomi dan insfrastruktur luar Bandar.Pada 1966, RIDA ditukar kepada Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang kini bermatlamat:

a) Menggalakkan penyertaan kaum Melayu dalam sector perdaganngan dan perindustrian.
b) Membantu para usahawan Melayu yang baru memulakan perniagaan dengan memberi pinjaman mahupun bantuan teknikal.
c) Menggalakkan pertumbuhan perusahaan kecil di luar Bandar.
d) Mengadakan program-program latihan dan kemahiran atas tujuan meningkatkan produktiviti sumber manusia terutama penduduk luar.

FELDA ditubuhkan untuk membuka tanah-tanah baharu untuk:

a)  Mempergiat sector peladangan getah dan kelapa sawit sekali gus menambah hasil ekonomi Negara.
b)  Penempatan semula penduduk-penduduk  yang miskin dan berdaya ekonomi lemah.
c)  Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar .

  Pengurusan MARA dan FELDA ini diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar yang ditubuhkan pada 1956 yang berperanan menyelaraskan pembangunan luar Bandar.Kementerian ini dipimpin oleh Dato’ Abdul Razak Hussien.

  Keseluruhannya, peruntukan untuk RM-1 ini adalah sejarah RM100 JUTA.Namun dari segi pencapaiannya,pelabur sector awam hanyalah RM498 juta, iaitu lebih kurang 15% daripada jumlah pelaburan sector awam yang dirancang.Ini berlaku akibat jatuhnya harga biji timah dan getah di pasaran dunia.

Rancangan Malaya Kedua (RM-2)1961-1965

     Rancangan ini hampir sama dengan rancangan sebelum ini,tetapi lebih menyeluruh.Rancangan bagi program ini telah disediakan oleh sebuah  Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan  dengan bantuan sebuah urus setia yang juga dibantu oleh pakar perunding dari Bank Dunia. Matlamat RM-2 adalah untuk:

a)  Memperbaik kemudahan asas dan infrastruktur  di kawasan luar Bandar.
b)  Menggiatkan lagi projek-projek pembukaan tanah dan penempatan baru di bawah program FELDA.
c)  Menggiatkan sector pertanian dengan mempelbagaikan jenis tanaman supaya hasil Negara bertambah dan mengurangkan import makanan dari luar Negara.Fenomena ini juga membolehkan pengurangan pergantungan  kepada sector-sektor pertanian tertentu sahaja.
d) Penubuhan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) pada1966 bertujuan membantu petani-petani memasarkan hasil pertanian mereka dan mengurangkan pergantunagn kepada orang tengah.

   Keseluruhannya, RM-2 ini lebih tersusun berbanding dengan RM-1 kerana melibatkan penyertaan rakyat dalam rancangan-rancangan pembangunan dan rancangannya digubal berdasarkan permintaan rakyat.Peruntukan pembangunan juga telah ditambah sebanyak RM2150 JUTA yang hampir 2x ganda daripada peruntukan RM-1 .Bagi memastikan kejayaan perancangan ini, bilik-bilik gerakan dibuka di seluruh Negara, terutama di setiap pejabat daerah.Hasilnya, dari segi Pencapaian RM-2 menunjukkan purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dalam tempoh 1961-1965 sebanyak 6.4% setahun.Seperti yang dirancang,sector awam telah membelanjakan RM2900 JUTA untuk program-program pembangunan.

Rancangan Malaysia Pertama (RMK-1)1966-1970

   RMK-1 merupakan rancangan 5tahun yang pertama setelah kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia.RMK-1 memberi tumpuan kepada aspek integerasi dalam kalangan penduduk Malaysia supaya sebarang penggubalan dasar perancangan baharu, terutama berhubung program sumber manusia dan penelitian yang lebih mendalam terhadap program-program di setiap sector ekonomi.

   Peruntukan RMK-1 berjumlah RM10500 JUTA iaitu melibatkan RM4550 JUTA daripada sector awam dan RM5950 JUTA dari sector swasta.Beberapa buah agensi kerajaan turut dilahirkan di bawah RMK-1 bagi menjayakan rancangan seperti:

a)  Majlis Amanah Rakyat(MARA) pada 1966
b)  Bank Bumiputera pada 1966
c)  Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) pada 1967
d) Lembaga Penasihat Tarif
e)  Perbadanan Nasional Berhad ( PERNAS) pd 1969

    Tujuan penubuahn MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif adalah untuk membantu pembangunan perindustrian seperti yan tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan1968.Penubuhan MARA. Bank Bumiputera, dan PERNAS pula bertujuan menggalakkan penyertaan kaum Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perniagaan. Setelah 5 tahun, kajian menunjukkan program-program yang dirancang melalui RMK-1 berjaya meningkatkan pertumbuhan ekonomi Negara. Namun setelah berlaku tragedy 13 Mei 1969, kerajaan menyedari  bahawa waktu itu pembangunan negara yang sedia ada sukar untuk dikekalkan  kerana masih ketara ketidakseimbangan sosioekonomi antara kelompok kaum dan kawasan. Justeru, bagi menyambung usaha-usaha RMK-1 ,DEB dilancarkan bersama Rancangan Malaysia ke-2 yang sekali gus bertujuan membaik pulih kepincangan strategi dan pendekatan yang digunakan sebelum ini.

PERINGKAT 2

Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2)1971-1975

   Pengajaran akibat daripada rusuhan kaum 13 Mei 1969,RMK-2 dilancarkan dengan tujuan yang jelas, iaitu untuk mengatasi dan membaik pulih keadaan ketidakseimbangan sosioekonomi antara kawasan dan kelompok kaum Negara ini. Bagi memastikan rancangan ini Berjaya, sejumlah RM7250 JUTA telah diperuntukkan. RMK-2 berteraskan program pembangunan jangka panjang,iaitu Dasar Ekonomi Baru (DEB) . Matlamat DEB dikenali sebagai “serampang dua mata” iaitu:

a)  Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
b)  Menyusun semula masyarakat Malaysia dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

   Oleh itu, adalah jelas kedua-dua matlamat ini bermotifkan membaiki kepincangan supaya keadaan ekonomi dapat diperbaiki dan diseimbangkan serta dapat mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Beberapa program telah dirancang dan beberapa langkah telah iambil untuk menjayakan RMK-2 seperti:

a)  Menentukan pemilikan modal dalam sector korporat moden oleh kaum Bumiputera , iaitu 9% bagi 1972, 16% bagi 1980,23% bagi 1985, 30% bagi 1990
b)  Menggalakkan penyertaan yang lebih giat dan secara langsung oleh sector awam dalam aktivti-aktiviti ekonomi, terutama yang berkaitan dengan perdagangan dan perusahaan .
c)   Menubuhkan Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) pada 1974

  RMK-2 menunjukkan pencapaian yang memberansangkan. Misalnya, KDNKK meningkat pada kadar 7.45% setahun. Angka ini mencatatkan peningkatan yang lebih tinggi daripada yang dirancangkan, iaitu hanya 6.8% setahun.Pertubuhan KDNKK berlaku ekoran pertumbuhan beberapa factor utama seperti pertanian(25%) , pembuatan (19.3%), perdagangan (14.4%) dan (10.15%) yang lain-lain.


Dasar Ekonomi Baru (DEB)

 Dasar ini telah dilancarkan oleh keajaan malaysia melalui RMK-2 .Bermatlamat membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang wujud antara kaum.Matlamat DEB terkandung dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP) dari 1971-1990 .Rancangan pembangunan DEB dijalankan menerusi strategi serampang duamata, iaitu:

 a) mengurangkan kemiskinan dengan cara menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan         kepada semua kaum'
 b)  menyusun semula masyarakat untuk menghapuskan kaum mengikut fungsi-      
       fungsi ekonomi.

   Asas yang menjadi pengubalan DEB adalah disebabkan pengagihan ekonomi yang tidak seimbang antara kaum, terutama sekali orang melayu yang masih ketinggalan dalam bidang ekonomi kerana faktor kemiskinan.Amnya, masalah kemiskinan bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang melayu,tetapi juga merangkumi semua kaum di malaysia.Dalam hal ini, orang melayu lebih ramai menghadapi masalah kemiskinan dan kurang mampu untuk bersaing dengan kaum lain.

   Matlamat membasmi kemiskinan tercapai, strateginya menghapuskan kemiskinan di luar bandar dan kawasan bandar.Jumlah lebih kepada masyarakat luar bandar dan kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan awam.Selain itu, telah menyediakan bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran, buku teks percuma dan progam murah. Usaha kerajaan berjaya dengan tahap kemiskinan berkurang daripada 49.3% kepada 17.1%.

   Untuk mencapai matlamat ke-2 DEB kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian,perlombongan dan pengangkutan. Strategi yang dijalankan :

a)meningkatkan daya pengeluaran dan taraf hidup golongan miskin di luar bandar.
b)mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tanah supaya penyertaan semua kaum  dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum.
c)menambah bahagian kaum bumiputera dalam sektor produktif di mana kaum Bumiputera agak ketinggalan dibandingkan kaum lain.
d)memastikan pembentukan masyarakat perdagangan dan perindustrian orang melayu serta kaum Bumiputera agar mereka dapat sekurangnya 30% daripada semua jenis kegiatan ekonomi menjelang 1990.

  Kesimpulannya, DEB berjaya meningkatkan taraf hidup kaum Bumiputera dan mencapai matlamat membasmi kemiskinan , tetapi penyusunan guna tenaga perlu diperhebatkan lagi memandangkan orang melayu masih kurang lagi melibatkan diri dalam bidang perdagangan dan perniagaan .

Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) 1976-1980

Semasa pelancaran RMK-3, DEB masih dalam pelaksanaan.Justeru RMK-3 boleh dikatakan sebagai peringkat kedua dalam pelaksanaan DEB.Dalam rancangan ini, beberapa program turut dirangka dan dilancarkan.Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan di mana rancangan dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan Bandar baru.Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA,DARA,KETENGAH dan KESEDAR.

   Sebanyak 28buah Bandar dibina di bawah rancangan KEJORA,KETENGAH dan DARA menjelang hujung tahun1980. Badan-badan berkanun seperti MARA,FELDA,PERNAS,UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan.Kerajaan juga beri penekanan kepada isu alam sekitardan keselamatan negara.Apabila RM18600 JUTA diperuntukkan untuk program ini, 88% daripadanya diperuntukkan kepada pembangunan sosioekonomi, bakinya 12%,diperuntukkan untuk perbelanjaan pertahanan dan keselamat negara.

   Keseluruhannya, program RMK-3 juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat.

 Rancangan Malaysia Keempat (RMK-4)1981-1985

   RMK-4 sebenarnya dilancarkan ketika negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi,akibat kejatuhan harga biji timah dan getah dipasaran dunia. Fenomena ini menyebabkan negara mengalami berbagai-bagai masalah ekonomi seperti kemerosotan dalam imbangan bayaran,kejatuhan harga dan penerunan pendapatan eksport komoditi, kelembapan sektor swasta dan peningkatan kadar pengangguran.Namun, langkah-langkah pembangunan ekonomi  tetap diteruskan.Peruntukkan yang disediakan untuk RMK-4 ialah RM40000 juta.Daripada jumlah ini, 57.95% diperuntukkan bagi pembangunan ekonomi , 16.2% diperuntukkan bagi pembangunan sosial , 23.8% diperuntukkan bagi keselamatan dan 2% bagi pentadbiran awam.Daripada pembahagian ini, penekanan masih diberikan kepada sektor pertanian di luar bandar.

   RMK-4 juga mengutamakan sektor perusahaan berat yang berasaskan pelaburan modal, penggunaan teknologi dan tenaga mahir.Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) ditubuhkan bagi menjayakan program pembangunan perindustrian berat ini.Antara projek di bawah HICOM adalah:

  a) Kilang simen yang diuruskan oleh Kedai Simen Sendirian Berhad.
  b) Kilang pengeluaran besi berongga dan keluli oleh Perwaja di Kemaman,Terengganu.
  c) Pembuatan kereta nasional
   Selain itu, usaha bagi menarik lebih ramai pelabur asing dengan membuka kawasan perindustrian baharu seperti Senawang ,Skudai,Bintulu dan Likas.Begitu juga kawasan perdaganngan.Pada 1983, 2 progam dilancarkan mengkajin struktur perusahaan awam:
  a) Kajian Dasar Perindustrian Malaysia
  b) Pelan Induk Perindustrian (PIP)

Rancangan Malaysia Kelima (RMK-5)1986-1990
   Matlamat utama RMK-5 adalah untuk mencapai perpaduan negara,mencapai objektif DEB dan mengecapi petubuhan yang menjamin kestabilan ekonomi negara.Pertama, kerajaan cuba meningkatkan peranan sektor swasta melalui proses pelonggaran peraturan dan kawalan (deregulation) dalam aspek hak milik syarikat,pelesenan dan aktiviti ekonomi lain untuk mendorong persaingan yang sihat dan meningkatkan kecekapan.Strategi seterusnya ialah menggalakkan sektor pertanian dan industri luar Bandar.Diharap dapat meningkatkan kadar proktiviti, keupayaan dan kecekapan guna tenaga tempatan.
    Usaha pembangunan sumber manusia turut dititikberatkan seperti latihan kemahiran dalam bidang pengurusan,keusahawan ,pembinaan, perhotelan dan perkapalan.
    Rangka Rancangan Jangka Panjang 1 (1971-1990) yang mencukupi DEB berakhir pada 1990.Pada 1991, rancangan pembangunan ekonomi yang baru diperkenalkan bagi menggantikan dan menyambung program-program perancangan dalam RRJP1 dan DEB. Rancangan tersebut ialah :

   a)Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2)(1991-2020)
   b)Wawasan 2020
   c)Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
   d)Rancangan Malaysia Keenam (RMK-6)(1992-1995)

 Nur Zafira Binti Jamil (19DIP14F26)