PENGAJIAN MALAYSIA

PENGAJIAN MALAYSIA
Thank you for visiting our blog! :)

Diary Owner Linkies Stuff

Tagboard
 VISITORS

Credits

Template: Azzahra
Basecodes: ♥ ♥ ♥
Others: ♥ â™¥ â™¥
BAB 2

          Assalamualaikum. heee :D sebelum saya nak mulakan bercerita tentang pengajian malaysia ni, saya nak kenalkan diri terlebih dahulu. Nama saya Nurul Yahzreen binti Bahrim. okay, saya telah mendapat assignment tentang Pengajian Malaysia. Tajuknya tentang Perlembagaan Malaysia. Firstly saya nak ceritakan PENGENALAN tentang perlembagaan ini. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka terdapat Undang-undang Laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Negeri-negeri yang lain pula telah mengamalkan adat tradisional iaitu Adat Temenggung dan Adat Perpatih. Adat Perpatih ini biasanya diamalkan di Negeri Sembilan dan juga di Melaka. Masyarakat Melayu ini sangat mementingkan adat dalam kehidupan mereka. Perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah Tanah Melayu mecapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan diperkemaskan setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Tentang DEFINISI perlembagaan ini, apa yang saya faham tentang tajuk ini adalah ianya suatu undang-undang yang utama dan tertinggi di Malaysia dan untuk menentukan bagaimana pemerintahan sesebuah negara itu dijalankan. Perlembagaan sesebuah negara menerangkan dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu. Perlembagaan Persekutuan ini menentukan pelbagai perkara mengenai kebebasan asasi, kewarganegaraan, kerajaan persekutuan,kerajaan negeri, perundangan, peruntukan kewangan, pilihan raya, kehakiman, perkhidmatan awam, dan lain-lain yang mencorakkan sistem pemerintahan di Malaysia. Perlembagaan Malaysia ini juga dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan yang mengandungi 183 perkara dan juga merupakan satu dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk berasaskan kepada dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan juga Perlembagaan Kemerdekaan pada tahun 1957. Seterusnya, tentang SEJARAH Perlembagaan Malaysia ini, perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian ini dalam tahun 1957. Suruhanjaya Reid ini merupakan asas utama kepada pembentukan perlembagaan persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan ini juga telah berkuatkuasa sejurus selepas kemerdekaan pada tahun 31 Ogos 1957. Selain itu, ia bermula daripada satu persidangan perlembagaan yang telah diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956 yang telah dihadiri oleh satu rombongan delegasi daripada Persekutuan Malaya, yang mengandungi empat wakil pemerintah iaitu ketua Menteri Persekutuan (Tunku Abdul Rahman) dan tiga menteri-menteri lain, dan juga Pesuruhjaya Tinggi British di Malaya dan penasihat-penasihatnya. Selain itu, ini adalah SUSUN ATUR PERLEMBAGAAN. Okay, perlembagaan ini telah dibahagikan kepada 16 bahagian dan 13 jadual, setiap bahagian ini mengandungi satu ataupun lebih perkara yang relevan.
  • ·         Bahagian 1 - Negeri-negeri, agama, dan undang-undang persekutuan
  • ·         Bahagian 2 – Kebebasan asasi
  • ·         Bahagian 3 – Kewarganegaraan
  • ·         Bahagian 4 – Persekutuan
  • ·         Bahagian 5 – Negeri-negeri
  • ·         Bahagian 6 – Perhubungan antara persekutuan dan negeri-negeri
  • ·         Bahagian 7 – Peruntukan-peruntukan kewangan
  • ·         Bahagian 8 – Pilihanraya
  • ·         Bahagian 9 – Kehakiman
  • ·         Bahagian 10 – Perkhidmatan awam
  • ·         Bahagian 11 – Kuasa-kuasa khas menentang kuasa subversif dan darurat
  • ·         Bahagian 12 – Am dan pelbagai
  • ·         Bahagian 12A – Perlindungan tambahan bagi negeri Sabah dan Sarawak
  • ·         Bahagian 13 – Peruntukan sementara
  • ·         Bahagian 14 – Perkecualian bagi kedaulatan raja-raja dan sebagainya
  • ·         Bahagian 15 – Prosiding terhadap Yang-dipertuan Agung dan raja-raja

           Selain itu, antara TUJUAN perlembagaan adalah untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil. Contohnya, perlembagaan memperuntukkan agama islam sebagai agama rasmi negara, tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia. Yang kedua dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat. Contohnya, Perlembagaan Persekutuan Malaysia ini bukan sahaja memperuntukkan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat. Secara tidak langsung, keadaan ini juga akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak. Selain itu, antara peranan perlembagaan adalah alat penyelesaian masalah. Sebagai contoh, sebarang masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada  seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan. Seterusnya, dapat mengekalkan riwayat negara bangsa. Pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identiti negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan. 

          Akhir sekali, menjaga kestabilan negara. Okay, bentuk-bentuk perlembagaan pula ada dua jenis iaitu PERLEMBAGAAN BERTULIS dan PERLEMBAGAAN TIDAK BERTULIS. Perlembagaan bertulis ini merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen. Antara sifat perlembagaan bertulis adalah kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan, parlimen mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang, dan mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang. Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat, contohnya Akta Parlimen. Seterusnya, tentang keluhuran perlembagaan. Keluhuran perlembagaan ini bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang ataupun perlembagaan itu sendiri. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan Perkara 4(1). Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal. Tentang konsep ketertinggian perlembagaan pula, ianya mempunyai lima peruntukan, antaranya parlimen, perlembagaan, kedudukan YDPA, kuasa perundangan dan kebebasan asasi. Contoh parlimen ialah memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan Persekutuan. Butiran perlembagaan pula ialah menentukan perkara bersama yang membolehkan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri membuat undang-undang mengenainya. 

        Kedudukan YDPA pula ialah baginda sebagai Ketua Negara, lambang taat setia rakyat, lambang negara, Ketua Parlimen, Ketua Pemerintah dan sebagainya. Kuasa perundangan dijalankan oleh berbagai-bagai badan perundangandan tertakluk kepada sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan. Kebebasan asasi pula merupakan elemen penting dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Sebagai contoh kerajaan ni tidak boleh menahan seseorang warganegara pulang ke tanah airnya, dan tidak boleh memaksa seseorang menjadi buruh paksa. Akhir sekali yang ingin saya bercerita tentang perlembagaan persekutuan ini adalah tentang PINDAAN PERLEMBAGAAN. Semenjak tahun 1967 sehingga akhir tahun 1982, Perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali. Perlembagaan Malaysia ini boleh dipinda dengan mudah oleh parlimen seperti dalam Perkara 159 dan Perkara 161 (E). Seterusnya, sestengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap-tiap dewan, dengan syarat telah mendapat persetujuan Majlis Raja-raja. Antara perkara-perkara yang pernah dipinda ialah pemisahan singapura. Pemisahan mana-mana wilayah telah dilarang oleh Perlembagaan. Yang kedua mengenai Gender. Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang-undang atau dasar yang mendiskriminasikan wanita dan memastikan tidak ada diskriminasi antara jantina di negara ini. Yang ketiga pula ialah kekebalan raja. Kerajaan meminda perlembagaan Persekutuan berhubung dengan apa-apa yang dianggap sebagai kekebalan atau imuniti raja-raja, iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa-apa kesalahan. Seterusnya, kedudukan Yang di-Pertuan Agong atau kedudukan raja. Yang di-Pertuan Agong hendaklah berhenti menjalankan fungsinya sebagai Agong apabila menghadapi tindakan undang-undang. Dalam tempoh Raja berhenti menjalankan fungsinya, seorang Pemangku Raja ataupun Jemaah Pemangku Raja akan dilantik mengikut perlembagaan negeri untuk menjalankan fungsi raja negeri berkenaan. 

       Selain itu, pengurusan bekalan air. Pindaan Perlembagaan Persekutuan membolehkan kerajaan Persekutuan mengawal selia pengurusan bekalan air pada peringkat negeri, kecuali Sabah dan Sarawak. Akhir sekali, kes rogol. Pada tahun 1989, beberapa undang-undang berkaitan dengan kes rogol telah dipinda untuk meningkatkan lagi keberkesanannya serta meningkatkan tahap keadilan bagi si mangsa. Antara tatacara pindaan perlembagaan ialah terdapat beberapa proses yang dilihat sebelum rang undang-undang itu dipinda. Di dewan Parlimen, rang undang-undang tersebut akan dibahaskan dalam beberapa peringkat, iaitu Bacaan Pertama, Bacaan Kedua, Peringkat Jawatankuasa dan Bacaan Ketiga. Menurut prosedur, rang undang-undang dihantarkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Setelah diperkenan, Yang di-Pertuan Agong mengikut perlembagaan yang mempunyai dua pilihan iaitu Baginda memberi perkenan kepada rang undang-undang dalam tempoh 30 hari. Baginda memulangkan semula kepada Parlimen dengan menyatakan sebab rang undang-undang tersebut tidak diperkenankan. Pengubahsuaian yang dibuat terhadap rang undang-undang ialah hasil daripada perbincangan antara pihak kerajaan dengan pihak raja-raja. Perbezaannya ialah raja-raja akan dihadapkanke mahkamah khas sahaja. Antara proses Pindaan Perlembagaan ialah:



 Nurul Yahzreen Binti Bahrim (19DIP14F1080)